Monday 28 April 2014

ANALISIS ITEM

Analisis item adalah pelaksanaan proses bagi menentukan item yang dibina mencapai sesuatu piawaian atau kriteria yang telah ditetapkan. Terdapat beberapa kegunaan analisis item, iaitu yang pertama menentukan sama ada sesuatu item itu berfungsi seperti yang diharapkan. Untuk tujuan ini , item tersebut boleh dinilai sama ada item ini mengukur objektif pengajaran yang diharapkan, mempunyai aras kesukaran yang sesuai, boleh membezakan pelajar yang dapat menguasai dengan yang tidak dapat menguasai objektif pengajaran, mempunyai kekunci item (pilihan jawapan) yang betul dan mempunyai penggannggu yang berfungsi.
            Kegunaan analisis item yang kedua ialah memberikan maklum balas kepada pelajar tentang prestasi mereka bagi setiap item yang dimarkat. Dengan mengetahui jawapan yang betul, “aras kesukaran” dan ‘indeks diskriminasi’ pelajar berkenaan akan menunjukkan prestasinya bagi satu item. Dia boleh mengetahui adakah item tersebut sukar atau mudah berdasarkan nilai indeks aras kesukaran dan adakah item tyersebut diskriminatif berdasarkan nilai indeks diskriminasi. Pelajar juga boleh mengetahui jawapan yang betul sekiranya dia membuat salah pada mana-mana item.
            Kegunaan analisis item seterusnya adalah sebagai maklum balas kepada guru tentang kesukaran pelajar. Maklumat tentang aras kesukaran item atau peratus bilangan pelajar yang mendapat “betul” bagi satu item adalah penting kepada guru untuk menentukan perlunya pengajaran tambahan atau pemulihan.
            Kegunaan keempat adalah bagi meningkatkan kemampuan kurikulum. Misalnya , jika sesuatu item itu berulang kali didapati sukar oleh pelajar atau satu bentuk kesalahan sama dilakukanya, mungkin ini bukan masalah pengajaran atau pembelajaran tetapi mungkin disebabkan maslah kurikulum yang tidak sesuai dengan peringkat umur pelajar. Sebarang keputusan ujian tidak akan memberikan gambaran yang lengkap tentang pencapaian objektif sesuatu kurikulum.
            Kegunaan analisis item yang kelima adalah untuk menyemak semula item. Maklumat tentang gerak balas pelajar terhadap sesuatu item boleh digunakan untuk menyemak semula item tersebut. Item berkenaan boleh digunakan semula dalam ujian yang akan datang. oleh itu jika setiap kali ujian diberikan, ini bermakna sebahagian kecil item akan disemak dan akhirnya keseluruhan kualiti ujian akan dipertingkatkan. Adalah lebih menjimatkan masa untuk menyemak semula item yang lama daripada membina item yang baru.
            Kegunaan terakhir adalah untuk menilai mutu item. Melalui analisis item, guru boleh mempertingkatkan kemahiran menulis item ujian. Melalui aktiviti ini juga , guru dapat menilai mutu item yang ditulus selepas setiap kali dilakukanj analisis item.

INDEKS KESUKARAN (IK)
Salah satu pengukuran yang digunakan ialah indeks kesukaran (p). Indeks ini ditentukan dengan nisbah calon yang mendapat jawapan betul bagi sesuatu item dan dinyatakan dalam persamaan berikut:

Bilangan calon yang menyatakan jawapan yang betul bagi
           p =                    item x____________________________
Bilangan calon yang menjawab item x

            Nilai bagi p adalah di antara 0.00 hingga 1.00. Item yang mudah mempunyai nilai p yang besar dan sebaliknya sesuatu item yang sukar nilai p adalah kecil. Walaubagaimanapun, didapati bahawa item terlalu mudah (apabila nilai p lebih daripada 0.85) atau item itu terlalu sukar (apabila p kurang daripada 0.15) tidak akan memberikan maklumat psikometrik yang berguna.


IK ialah satu petunjuk mengenai kesukaran sesuatu item.




Tafsiran IK
Nilai p
Aras Kesukaran
0.61 hingga 0.80
Item mudah
0.36 hingga 0.60
Item sederhana
0.20 hingga 0.35
Item sukar

Contoh:
l  Item A yang direspons betul oleh 80 daripada 100 orang murid, indeks kesukarannya ialah 80% atau 0.8.
l  Item B yang direspons betul oleh 30 daripada 100 orang murid, indeks kesukarannya ialah 30% atau 0.3.
l  Item B lebih sukar daripada Item A

Indeks kesukaran juga boleh ditakrifkan sebagai peratusan pelajar yang menjawab dengan betul. Lagi besar peratusan jawapan betul yang diperolehi lagi mudahlah sesuatu item. Lagi tinggi peratusan itemkesuakaran lagi mudahlah item tersebut.





INDEKS DISKRIMINASI ITEM (ID)

Jika sesuatu ujian dan sesuatu item mengukur perkara yang sama, seseorang akan menganggap mereka yang boleh menjawab dalam ujian tersebut akan menjawab dengan baik atau betul bagi item tersebut dan jika mereka yang gagal menjawab ujian tersebut akan turut gagal dalam menjawab item tersebut.
Indeks diskriminasi item dapat membezakan murid berpencapaian rendah daripada murid berpencapaian tinggi. Item yang mempunyai keupayaan diskriminasi yang baik adalah jika item tersebut dapat dijawab oleh kebanyakan murid yang mempunyai pencapaian tinggi.
Indeks diskriminasi ialah pekali korelasi yang mengaitkan skor ujian (data selanjar) dengan skor setiap opsyen bagi sesuatu item berkenaan.